4 Sahabat ke Gunung Pondok
Mengisahkan empat remaja lelaki di tahun 1960-an yang menggunakan masa cuti sekolah menjelajah alam persekitaran. Pengalaman bersama meneroka sebuah gunung di Padang Rengas, Perak ini dikongsikan oleh salah seorang remaja tersebut yang kini berusia 70-an. Perkongsian kisah ini sesuai untuk bacaan anak-anak yang ingin tahu aktiviti cuti sekolah datuk mereka ketika remaja belasan tahun.