More

    Pengertian Ilmu Tasawuf 

    Pergertian

    Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

    Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

    Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

    a) Banyak bersabar .

    b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

    Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

    1) Taubat .

    2) Khauf ( Takut )

    3) Zuhud

    4) Sabar.

    5) Syukur.

    6) Ikhlas.

    7) Tawakkal.

    8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

    9) Redha.

    10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

    Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

    1) Banyak Makan

    2) Banyak bercakap.

    3) Marah.

    4) Hasad.

    5) Bakhil.

    6) Cintakan kemegahan.

    7) Cintakan dunia .

    8) Bangga Diri.

    9) Ujub ( Hairan Diri ).

    10) Riya’ ( Menunjuk-nunjuk ).

    [Rujukan: JAKIM]

    Latest articles

    Related articles