Walaupun sesebuah hadith itu statusnya sahih, akan tetapi, mengamalkannya tidak menjadikan ia secara automatik sebagai Sunnah. Penilaian sesebuah hadith bukan dari satu sudut saja. Seseorang yang hanya menjadikan hadith-hadith sahih Bukhari dan Muslim semata-mata sebagai panduan dalam pengamalan agama, maka hal tersebut tidak akan dapat menyampaikannya kepada hukum-hakam yang tepat kerana penggalian hukum-hakam dan ijtihad memerlukan suatu proses yang amat rumit dan memerlukan penelitian yag tinggi, bukan sekadar mengetahui hadith itu sahih atau palsu semata-mata.
Beberapa permasalahan akan timbul dalam praktik agama sekiranya ada golongan yang tidak mempunyai ilmu alat yang mencukupi jika mereka hanya bersandar kepada hadith-hadith sahih dalam Kutub Sittah (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa’i, Ibnu Majah), antaranya ialah:
1) Bagaimana masyarakat awam hendak mengetahui apakah yang menjadi rukun-rukun solat, rukun-rukun wudhu, rukun-rukun puasa dan rukun-rukun ibadah yang lain hanya dengan berpandukan Kutub Sittah
2) Bagaimana hendak mengetahui apakah hukum bacaan tasbih dibaca ketika ruku’ dan sujud, sama ada ianya wajib atau sunat, sedangkan Kutub Sittah tidak menyebut mengenainya.
3) Bagaimana seseorang hendak mengetahui apakah hukum perbuatan mengangkat tangan ketika hendak ruku’ dan ketika bangun dari ruku’, kerana dlm Kutub Sittah tidak menyebut mengenainya. adakah ia wajib atau sunat?
4) Bagaimana seseorang hendak mengenalpasti yg mana satu hadis itu merupakan sunnah atau bukan, sebagai contoh didalam Kutub Sittah ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW kencing berdiri .Dan apakah hukumnya, adakah ia wajib, sunat, harus atau makruh?
5) Bagaimana seseorang hendak mengetahui adakah kerbau boleh dibuat ibadah korban atau tidak kerana Kutub Sittah tidak menyebut mengenainya
6) Bagaimana seseorang hendak mengetahui berapa banyak jenis saluran yang perlu terputus pada leher haiwan ketika sembelih korban kerana dlm Kutub Sittah langsung tidak menyebutnya
7) Bagaimana seseorang hendak mengetahui bahawa jika darah keluar dari seseorang ketika solat sebagai contoh dari jerawat atau bisul yg pecah, adakah solatnya batal ataupun tidak, kerana dalam Kutub Sittah tidak menyebut mengenainya
8) Bagaimana hendak mengetahui air mani itu suci atau najis, kerana dlm Kutub Sittah tidak menyebutnya secara spesifik
9) Imam Bukhari dlm Sahihnya ada menyebutkan bhwa adalah diharuskan untuk ambil wudhu dari baldi air yg dijilat anjing. Bagaimana cara hendak memahami kenyataan tersebut
10) Dalam Kutub Sittah, ada hadis yang Rasulullah SAW perintahkan untuk melakukan solat witir. Bagaimana hendak mengetahui perintah witir itu adalah wajib atau sunat?
11) Apakah hukum onani disiang hari dlm bln Ramadan, sedang dalam Kutub Sittah tidak menyebut mengenainya
12)” Apabila kamu baca Al-Quran maka hendaklah bacalah ta’awwuz (A’uzubillah). (al-Nahl :98). Adakah ta’awwuz itu wajib atau sunat ketika membaca hendak al-Qur’an sedangkan hadith sahih tidak ada yang menyebut hukum berkenaan dengannya.
13) Perintah mengambil wuduk sebelum solat “Basuhlah muka(wahj/wujuh) kamu, tangan hingga ke siku, sapulah kepala dan kaki hingga buku lali (surah al-Mai’dah :6).
Bagaimanakah cara menentukan had wajah seperti dalam ayat wudu’? Adakah bahagian dalam mata masih dikira wajah? Adakah sideburn wanita yang panjang juga dikira sebahagian wajah? Adakah janggut termasuk wajah? Adakah niat wuduk dikira rukun? Kenapa pula tidak disebutkan dalam ayat? Tertib juga tiada. Dari mana pula datangnya?
Pendek kata, anda akan terkedu pada bab wuduk sahaja sekiranya TANPA huraian ulama!
Pada hakikatnya, seseorang tidak dapat mengetahui bagaimana cara solat walau dua rakaat yang sempurna dari awal hingga selesai salam dengan hanya berpandukan Kutub Sittah.
Jika jawapan kepada ini semua adalah kita perlu bertanya kpd ulama, maka kita sudah pun ada ulama fiqh yg mempunyai landasan yg kuat iaitu para Imam Mazhab yg mana zaman mereka hidup lbih dekat dengan zaman Rasulullah SAW dan lebih awal dari kemunculan para pengarang Kutub Sittah.
Oleh kerana itu, status hadis yg dipegang oleh para Imam Mazhab adalah tidak sama dgn status hadis para pengarang Kutub Sittah. Sebab itu, Imam Tirmizi(rah) menyatakan dlm Sunannya bahawa para fuqaha’ (ulama fiqh) adalah lebih memahami makna hadis berbanding para ulama Muhaddithin.
Kerana itu, guru kpd Imam Bukhari (rah) yg terkenal dengan kehebatan ilmu hadisnya iaitu Imam Humaidi(rah), apabila ada orang bertanya beliau mengenai hukum hakam agama, maka beliau akan merujuk kpd Imam Syafie(rah)
Perlu diingatkan bahawa setiap Imam mazhab telah di khidmati mazhab mereka secara “hidup” diatas landasan yg telah mereka susunkan oleh ribuan ulama yg datang setelah generasi mereka sehinggalah sampai ke zaman sekarang. Oleh itu, kitab fiqh yg ditulis oleh mereka tersedia untuk masyarakat awam mengetahui perihal hukum-hakam.
Sebagai penutup, fakta-fakta agama dan amalan sunnah tidak terhad kepada apa yang berada dalam Hadis Sahih semata-mata, akan tetapi termasuk fakta-fakta dan amalan-amalan yang dirumuskan oleh para Ulama Muktabar Ahli Sunnah wal Jama’ah untuk masyarakat awam ikuti.
Disediakan oleh: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari