Ada golongan wahabi mendakwa Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani berakidah Musyabbihah seperti mensabitkan sifat ‘suara’ bagi Tuhan bersandarkan buku yg tidak dikenalpasti kesahihannya utk dinisbahkan kpd beliau.. di sini saya bawakan kisah masyhur beliau berkaitan cubaan iblis utk menggoda beliau..berdasarkan kisah masyhur di bawah ini, membuktikan bahawa beliau bukan berakidah Musyabbihah tetapi memiliki akidah yg teguh sesuai dgn ASWJ, begitu alim terhadap syariah, dan mencapai maqam yg tinggi dlm bertasawuf..
Sila ikuti kisah beliau seperti di bawah:
Suatu ketika Syekh Abdul Qadir al-Jailani bercerita kepada para muridnya bahwa ia pernah mengalami sebuah kejadian. Yaitu tiba-tiba muncul di hadapan beliau nur (sinar) sangat besar yang menerangi segala penjuru. Lalu nampak suatu sosok dari nur tersebut seraya berkata, “Hai Abdul Qadir, aku adalah Tuhanmu. Dan Aku Sungguh telah menghalalkan padamu segala perkara-perkara yang telah aku haramkan.” Syekh Abdul Qadir menjawab, “Aku berlindung kepada Allah dari syetan yang terkutuk, sirnalah kau wahai la’in (makhluk yang terkutuk).”
Seketika itupun sinar tersebut hilang dan berubah menjadi asap hitam. Namun lagi-lagi iblis tidak putus asa. Ia tetap berusaha agar bisa menipu dan menjerumuskan Syekh Abdul Qadir al-Jailani. Walaupun ia telah gagal dengan tipuan yang pertama, ia tetap melancarkan tipuan selanjutnya. Iblis mencoba menjerumuskan Syekh Abdul Qadir menjadi orang sombong dan bangga diri. Iblis kemudian berkata kepada beliau, “Wahai Abdul Qadir, engkau telah selamat dariku sebab ilmumu dengan ketetapan Tuhanmu dan sebab keahlianmu di dalam hukum-hukum keadaan-keadaanmu. Sungguh, dengan tipuan seperti tadi, aku telah berhasil menyesatkan tujuh puluh orang dari ahli tarekat (ahli tashawuf) !” Namun sekali lagi, Syekh Abdul Qadir gagal ditipu oleh iblis, beliau menjawab,
” لِرَبٍّيَّ الْفَضْلُ وَالْمِنَّةُ “
“Keutamaan dan Anugerah hanya milik Tuhanku.”
👉🏼👈🏼
– tamat nukilan –
Berdasarkan kisah di atas, Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani begitu mudah mengenali Iblis kerana apa yg dilakukan oleh Iblis itu merupakan perkara yg mustahil bagi Sifat Allah..
Disebabkan Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani memiliki makrifat yg tinggi terhadap sifat-sifat Allah, maka Iblis tidak berjaya menggoda beliau kerana Iblis menggoda beliau dgn cara mengaku Tuhan dlm keadaan memunculkan cahaya dan bersuara, kerana semua yg dilakukan itu adalah sifat-sifat mustahil bagi Allah Rabb al-Jalil..bagi mereka yg berakidah ASWJ spt Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani, maka amat mudah mengenalpasti tipu daya iblis itu..hal ini kerana Tuhan tidak bersifat baharu seperti bersuara, bercahaya dsb yg merupakan sifat lazim bagi makhluk..
Setelah itu, iblis menyuruh pula menghalalkan perkara yg Allah larang.. disebabkan Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani seorg yg alim syariah, maka sekali lagi, beliau sama sekali tidak mudah ditipu oleh iblis dalam hal syariah ini..
Dari sudut ilmu tasawuf pula, sekiranya seseorang itu telah mencapai maqam yg tinggi dalam bersuluk, maka mereka sangat menjaga syariat Allah SWT, bukan sewenang-wenangnya melanggar syariat Allah..hal ini kerana mereka mempraktikkan konsep ihsan dlm beribadah sbgmana yg terkandung dlm hadis ‘Jibril’..sekali lagi beliau tidak tertipu dgn godaan iblis dlm hal kebatinan ini..
Pengajaran kisah ini, bagi menyelamatkan umat Islam daripada tertipu dgn iblis, maka mereka perlu mendalami akidah ASWJ Asha’irah wal Maturidiyyah sedalam-dalamnya agar mencapai makrifatullah, serta mendalami syariah dgn fahaman yg benar agar dapat melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya, dan bersuluk dgn cara yg betul agar mencapai maqam yg tinggi dlm beribadah..
Wallahua’lam
Oleh: Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor