Persoalan sifat-sifat Allah s.w.t.
tidak dibincangkan secara mendalam pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Islam pada zaman ini menerima terus apa sahaja sifat- sifat Allah sebagaimana Allah s.w.t. mesifatkan dirinya di dalam al-Qur’an tanpa mempersoalkan makna disebalik sifat-sifat tersebut.
Allah s.w.t. bersifat dengan sifat kesempurnaan yang mutlak dan sifat-sifat tersebut adalah banyak.
Walau bagaimana pun Allah s.w.t. menjelaskan sebahagian dari sifat-sifat-Nya kepada manusia menerusi al-Qur’an.
Umpamanya Allah s.w.t. Amat Mendengar dan Maha Mengetahui dan firman-Nya lagi “Maka sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Penyayang lagi Maha Berkuasa”
Olehyang demikian sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam al-Qur’anadalah jelas menunjukkan kesempurnaan-Nya. Sifat-sifat kesempurnaan tersebut memberikan nilai yang lebih tinggi dan lebih besar keranaAllah s.w.t.
adalah penciptas egala makhluk. Justeru itu la memiliki sifat Pengetahuan, Kemampuan dan semua sifat-sifat kesempurnaanyang lainnya.
Bagaimanapun tanda-tanda Pengetahuan dan Kekuatan-Nya adalah hasil dari tanda Kehidupan-Nya,dan ianya pula dapat dilihatdari sistemketeraturan alam semesta.
Allah s.w.t adalah bebas dari sebarangkecacatan dan kekurangan, bahkan tiada sesuatupun yang dapat disamakan dengan-Nya.
Seandainya perkara ini diletakkan kepada Allah maka pastilah nilai kebesaran dan keagungan Allah akan jatuh ke tahap yang lebih rendah.
Keadaan ini bertentangan sama sekali denganfirman-Nya “Katakanlah Allah adalah satu. Allah menjadi tumpuan segala makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanak kan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”
Dengan ini jelaslah bahawa sifat kesempurnaan Allah menunjukkan Allah s.w.t. suci dari segala bentuk kekurangan.
DZAT DAN SIFAT.
Masalah dzat dan sifat adalah suatu masalah yang sering menimbulkan kontroversi oleh kebanyakan para mutakallimun kerana ia mempunyai hubung kait di antara satu sama lain.
Masalah ini mula diperbincangkan pada awal abad kedua Hijrah oleh Jahm b. Safwan (m.127H.).
Kemudian ianya menjadi perdebatan pemikiran di antara golongan Muktazilah,musyabihah,mujasimah dan al-‘Asya’irah di dalam perspektif ‘Urn al-Kalam.
Persoalan yang timbul ialah, adakah Allah s.w.t. mempunyai sifat ataupun tidak?.
SekiranyaAllah s.w.t mempunyai sifat, adakah sifat-sifat tersebut kekal (qadim) sebagaimana kekalnya dzat Allah s.w.t. ataupun sifat-sifat tersebut baharu dimiliki oleh Allah selepas kewujudan-Nya?.
Di samping persoalan-persoalan tersebut, terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menetapkan Allah s.w.t. mempunyai sifat. Sifat-sifat tersebut termasuklah sifat Amat Mengetahui (‘Alim), Berkuasa (Qadir), Mendengar (Sami’), Melihat (Basir) dan sebagainya.
Konsep Sifat-sifat Allah:Analisis & PerbandinganAntara AliranMu’tazilah & Asya’irah
Di bawah ini diperturunkan beberapa ayat al-Qur’an yang menjelaskan sifat- sifat Allah s.w.t. di antaranya :
1. Surah al-An’am (5) : 59 “Dan di sisi Allahsegala Kunci perbendaharaan yang ghaib,tidak ada sesiapapun yang mengetahuinyamelainkan Dia.
Seterusnya la amat Mengetahuiapa yang terkandung di daratan mahupun di lautan sertatidak akan gugur sehelai daun melainkan dalam pengetahuan-Nya “.
2. Surah al-Baqarah (2) : 106 “Sesungguhnya Allah Amat Berkuasa terhadap segala sesuatu”.
3. Surahal-Baqarah (2) : 181 “Sesungguhnya Allah Amat Mendengar dan Amat Mengetahui”.
4. Surah Fatir(35) : 3 “Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui tentang hamba-Nya serta Melihat dan Memerhatikannya “.
Selain daripada ayat-ayat tersebut terdapat jugabeberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan sifat-sifat Allah berbeza dari makhluk-Nya.
Sebagai buktinya firman Allah dalam Surah al-Syura’ (42): 11 bermaksud “Tidak ada sesuatupun yang setanding dengan-Nya”,dan juga dalam surah al-Ikhlas (112) : 4 bermaksud “Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya “.
Hakikat MakrifatAllah telah pun diterangkan oleh Khalifah Ali b.
Abu Talib menerusi khutbahnya :
“Asas agama ialah ma’rifat-Allah. Untuk menyempurnakan makrifat tersebut hendaklah mentakdiskan-Nya serta mengesakan- Nya dengan segala keikhlasan.
Hakikat kesempurnaan dan keikhlasan tersebutialah menolak segala bentuk sifat-sifat yang keji bagiAllah ataupun sifat-sifat yang berbeza daridzat-Nya.
Allah s.w.t. tidak mempunyaipersamaan dengan sesuatu benda yang dapat difikirkan oleh manusia.
Begitu juga sifat-sifat yang dapat diletakkan kepada-Nya.
Justeru itu barangsiapa yang memberikan sifat-sifat kepada Allah nescaya mereka mempercayai sifat-sifat itu sebagai Allah s.w.t. Pegangan ini mengakibatkan bertambah bilangan kepada Allah.
Hal yang sebegini adalah mustahil bagiAllah s.w.t. ”
Berasaskan kepada pendapat tersebut, Imam Ja’far al-Sadiq (m. 148 H)7 menjelaskan bahawa sifat dan dzat Allah adalah satu dan tidak berbilang-bilang dari sudut/segi apa sekalipun.
Sifat ini bukanlah sesuatu yang lain daripada dzat-Nya.
Sebagai contohnya, beliau mengatakan bahawa sifat-sifat Allah seperti Mengetahui (‘Alim), Berkuasa (Qadir), Hidup (Hayy), Melihat (Basir) dan Mendengar (Sami’)adalah hakikatdzaf-Nya.
Lantaran itu kesempurnaan-kesempurnaan yang ditunjukkan kepada sifat-sifat-Nya pada hakikatnya sama dengan fea?-Nya sendiri.
Golongan Muktazilah pula di dalam persoalan ini menafikan adanya sifat bagi Allah s.w.t. Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka dikenali sebagai golongan mu ‘attilah.
Akal mereka tidak membolehkan merekamengakui sifat-sifat Allah dan berbeza dari dzat.
Alasannya ialah jika sifat Allah tidak dianggap sama dengan dzat maka timbullah Jama’ Baqa’.
Hasilnya akan gugurlah akidah tauhid.
Menurut al-Syahrastani(m. 507H.), Wasil b. ‘Ata’ (m. BOH.) adalah orang yang pertama di kalangan Muktazilah yang meletakkan asas di dalam perbincangan menafikan sifat-sifat Allah s.w.t.” Ini bererti apa yang disebutkan sifat Allah s.w.t. adalah bukan sifat yang wujud tersendiri di luar dzat Allah, tetapi sifat tersebut merupakan dzat Allah s.w.t. sendiri.
Menurut Wasil sendiri sekiranya sebarang sifat dikatakan kekal, sudah tentu ia memerlukanJama’ Baqa’ dan kepercayaan tentang keesaan Allah menjadi palsu.
Konsep Sifat-sifat Allah:Analisis & Perbandingan Antara AliranMu’tazilah & Asya’irah.
Al-Asy’ari (m. 33OH.)12, sewaktu menjelaskan pendapat golongan Muktazilah berhubung dengan sifat-sifat Alla hadalah bersifat negatif. Sehinggakan beliau mengatakan golongan Muktazilah berpendapat bahawa Allah s.w.t. tidak mempunyai pengetahuan,kekuasaan,hayat dan sebagainya.
Ini tidak bererti golongan Muktazilah menganggap Allah s.w.t. tidak mengetahui, berkuasa, hidup dan sebagainya tetapi Allah s.w.t. tetap mengetahui dan berkuasa. Sifat-sifat tersebut bukanlah dalam pengertian sifat yang sebenarnya. Ini bererti Allah s.w.t. mengetahui, berkuasa dan hidup dengan dzat-Nya..
Kecenderungan Wasil untukmenjelaskan persoalan sifat Allah masih lagi dalam kesamaran. Abu Hudhayl al-‘Allaf (m. 268H.) yang terkenal dengan kekentalan hujahnya menentang pandangan yang mengatakan bahawa dzat Allah tidak mempunyai kualiti dan tidak sekali-kali dikatakan sebagai jamak.
Kualiti sifat Allah adalah sama dengan dzat serta tidak dapat diasingkan daripada kedua-duanya.
Beliau bersetuju bahawa sifat Allah adalah satu dan sama dengan dzat.
Ini menunjukkan bahawa apabila dikatakan Allah Maha Mengetahui maka pengertiannya adalah bukan ilmu ada dalam dzat Allah sebaliknya ilmu adalah dzat Allah.
Ringkasnya Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa dan Hidup dengan Ilmu, Kuasa dan Kehidupan itu sebagai dzat-Nya yang sebenar.
Pandangan Abu Hudhayl adalah bersesuaian dengan kenyataan ahli falsafah yang berpendapat bahawa dzat Allah tidak mempunyai kualiti dan kuantiti bahkan ia adalah mutlak satu.
Oleh itu sifat Allah tidak lain tidak bukan daripada dzat Allah. Apa sahaja kualiti-Nya yang boleh ditegakkan samada ‘adam (tiada) ataupun usul (penting) tidak boleh dikaitkan dengan Allah.
Sebagai contohnya Allah bukanlah sebagai satu tubuh, bahan, atau ‘arad, tetapi Ia adalah wujudnya dzat-Nya yang sebenar dan Tauhid-Nya itu benar.
Abu Hudhayl seterusnya tidak mengakui sifat-sifat Allah berasingan daripada dzat-Nya dalam sebarang pengertian.
Ini disebabkan beliau menyedari bahawa tanggapan tersebut membuatkan akidah tauhid akan terbatal sama sekali. Dengan alasan beliau, maka jelaslah bahawa golongan Kristian yang memperkembang kan teori Trisakti terpaksa meninggalkan akidah tauhid.
Kehadiran Mu’ammar (m. 228H.) telah membesar-besarkan penafiannya tentang sifat-sifat Allah.
Beliau menegaskan bahawa dzat Alla hadalah bebas daripada aspek jamak.Sekiranya seseorang itu percaya tentang sifat-sifat Allah maka dzat Allah akan menjadi jamak.Sikap keterlaluan yang diperlihatkan oleh beliau menyebabkan beliau mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui diri-Nya sendiri atau orang lain kerana mengetahui dan pengetahuan itu sesuatu yang berada di dalam atau di luar Allah.
Jika pengetahuan bukan sesuatu di dalam Allah, dan yang diketahui berasingan daripada yang mengetahui bermakna bahawa dzat Allah itu berbilang-bilang.
Tambahan pula, pengetahuan Allah akanbergantungdan memerlukan kepada”yang lain” Sebagai hasilnya, kemutlakkan Allah akan dinafikan sama sekali.
Dengan menafikan sifat-sifat Allah, Mu’ammar telah menerima terus pengaruh falsafah Neo-Platonisme.
Doktrin utama Plotinus ialah dzat Allah satu dan mutlak. Allah berada diatas segala-galanya tanpa haddan batasan.Justeru itu, seseorang tidak boleh mengatakan sifat-Nya cantik,baik,berfikir atau berkehendak kerana sifat tersebut mempunyai batasan dan tidak sempurna.
Abu ‘Ali al-Jubba’i (m. 290H) pula mengemukakan pendapat yang agak berbeza sedikit denganmerekayang sebelumnya. Walau bagaimanapun pada dasarnya beliau berpegang pada prinsip asas iaitu menafikan sifat Allah. Menurut beliau, Allah mengetahui (Alim)dengan dzat-Nya.. Allah s.w.t. tidak memerlukan kepada sesuatu sifat di dalam bentuk pengetahuan atau pun keadaan mengetahui.
Beliauseterusnya menamakan pendapatnya sebagai i’tibarat al-‘Aqliyyah yang tidak ada sesuatupunboleh dikatakansebagai tambahan bagi Allah s.w.t.
Abu Hasyim (m. 325H) pula berpendapat sebaliknya, iaitu beliau mengatakan bahawa sifat Allah tidak lain tidak bukan adalah dzat-Nya.
Beliau kemudiannya menginteprestasi kan perkataan dzat Allah sebagai hal(keadaan). Dengan itu apabila beliau mengatakan “Allah mengetahui dengan dzat-Nya.”
membawa pengertian bahawa Allah mempunyai keadaan mengetahui.
Al-Jubba’i menolak keadaan teori Abu Hasyim.
Beliau berkata bahawa keadaan ini hanyalah aspek mental yang tidak terkandung dalam dzat tetapi ditemui dalam pemerhatian dzat itu. Dengan perkataan lain, ia hanyalah sifat umum atau hubungan yang tidak wujud pada luaran tetapi hanya ditemui dalam minda pemerhati.
Dalam keadaan yang kesamaran Imam al-Baqilani menyokong pendapat Abu Hasyim, manakala Imam al-Asy’ari menolak pandangan tersebut sebaliknya Imam al- Haramayn pada awalnya menyokong tetapi kemudiannya menolak.
Abu al-Jabbar Ahmad (m. 415H) merupakan tokoh yang terakhir daripada golongan Muktazilah. Dalam masalah ini beliau telah memperkuatkan pendapat Abu ‘AH al-Jubba’i dengan mengatakan bahawa sifat dan dzat adalah sama.
Walaupun terdapat sedikit perbezaan di kalangan tokoh-tokoh Muktazilah, tetapi mereka tetap bersepen dapat dalam prinsipasas mereka bahawa Allah s.w.t tidak mempunyai sifat. Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka dituduh sebagai golongan mu’attilah (menafikan sifat Allah).
Beralih pula kepada pendapat Asya’irah.
Mereka mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan golongan Muktazilah. Prinsip asasi mereka ialah mengutamakan wahyu untuk meletakkan asas yang kukuh dalam Islam.
Gerakan mereka menjadi semakin utuh/kukuh dan mendapat tempat di merata-rata tempat dalam dunia Islam. Mereka dengan tegas mengatakan bahawa Allah s.w.t. mempunyai sifat (bukan seperti pengertian musyabihah,mujasimah).
Tokoh-tokoh yang terkemuka di kalangan mereka ialah Abu Hasan ‘Ali b. Ismail al-Asy’ari (m. 330H) di Mesopotamia manakala Abu Mansur al-Maturidi(m. ) di Samarqand.
Di antara kedua-dua tokoh tersebut al-Asy’ari menjadi wira dan paling disukai kerana kebangkitannya menyebabkan runtuhnya sistem Muktazilah.
Beliau seterusnya dikenali sebagai pengasas teologi ortodoks dan mazhab yang diasaskan oleh beliau dinamakan Asya’irah.
Menurut al-Syahrastani,al-Asy’ari meyakini sifat-sifat Allah.
Beliau menetapkan sifat-sifat Allah berpandukan kepada ayat-ayat (muhkam) dalam al-Qur’an. Sifat-sifat yang boleh didapati di dalam al-Qur’an menurut pandangan nya ialah sifat al-‘Ilm dan al-Qudrah.
Dalilnya, surah al-Nisai(4) : 166 bermaksud “Allah menurunkan dengan ilmu-Nya’dan Surah al-Zariyyat (54) : 58 bermaksud”Yang memiliki kekuatan yang teguh”.
Justeru itu beliau menyatakan bahawa Allah s.w.t. Mengetahui, Menghendaki dan Menguasai, di samping menyatakan bahawa Allah mempunyai Pengetahuan, Kemahuan dan Kekuatan.
Menurut al-Asy’ari lagi, mustahil Allah s.w.t. mengetahui dengan dzat-Nya. seperti yang diperkatakan oleh golongan Muktazilah.
Pengertian tersebut akan memberi kan gambaran bahawa dzat Allah adalah pengetahuan dan Allah sendiri juga adalah pengetahuan. Menurut beliau lagi, Allah bukannya ‘Urn tetapi Yang Maha Mengetahui (‘Alim). Dengan yang demikian Allah mengetahui dengan pengetahuan dan pengetahuan-Nya adalah bukan Jzaf-Nya. Pengertian tersebut juga samalah dengan sifat-sifat yang lain seperti Hidup,Kuasa, Dengar dan Lihat.
Sehubungandengan ini al-Baghdadi (m. 429H) berpendapat bahawa pendapat- pendapat di kalangan Asya’irah mempunyai persamaan tentang Pengetahuan, Kehidupan, Kemahuan, Pendengaran, Penglihatan dan Percakapan Allah, bahkan kesemua sifat-sifat tersebut adalah kekal(Qadim).2v Menurut al-Ghazali(m. 505H) pula sifat-sifat tersebuttidak sama dengan dzat Allah, malahan berlainan dari dzat- Nya tetapi ia berada di dalam dzat itusendiri.
Secara umumnya pendapat-pendapat di kalangan Asya’irah berhubung dengan sifat dan dzat adalah tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Mereka menetapkan sifat-sifat sebagai suatu sifat yangQadim. Di samping itu juga mereka menegaskan bahawa sifat-sifat itu bukanlah dzat Allah dan bukan juga perkara lain daripada dzat- Nya.
Kemudian ianya wujud bersama-sama (za’id) dengan dzat Allah.
Dalam masalah ini golongan Asya’irah berada dalam keadaan yang agak sukar dan serba salah. Mereka tidak dapat menegaskan sifat qadim Allah sebagai sama atau pun berbeza sama sekali dengan dzat Allah.
Meskipun begitu mereka tidak bersetuju dengan pandangan golongan Muktazilah sekaligus menegaskan persamaan sifat dengan dzat bererti menafikan secara langsung hakikat sifat tersebut. Dengan yang demikian mereka berpendapat bahawa sifat itu, mengikut satu pengertian iaitu termasuk di dalam dzat manakala dalam pengertian yang lain pula terkeluar dari dzat Allah.
Lantaran itu merekamenyarankan bahawa dzat dan sifat merupakan dua benda yang berlainan tetapi tidak boleh dikaitkan dengan Allah Yang Maha Agung.
Merekamembezakan antara makna (mafhum) sesuatu benda dengan hakikatnya.
Oleh itu apayang dipentingkan di sini ialah makna, sifat dan dzat adalah mempunyai pengertian yang berbeza. Dzat Allah bukanlah Mengetahui atau Berkuasa atau Bijaksana tetapi setakat yang berkaitan dengan hakikat dan muktamad nya, sifat terkandung dalam dzat Allah.
Justeru itu tidak hairanlah sekiranya mereka menetapkan bahawa sifat-sifat tersebut sebagai sifat al-Ma’ani.
Menurut al-Syahrastani,al-Asy’ari melandaskan pendapatnya dengan mengkiaskan atau membanding kan di antara perkara yang tidak dapat dilihat (al-Gha’ib) dengan perkara yang dapat dilihat (al-Syahid). Umpamanya, sifat-sifat Allah seperti Qadir (berkuasa),’Alim (berpengetahuan) dan Murid (berkehendak). Sifat-sifat tersebut menurut beliau ada yang menciptakan nya. Justeru itu beliau mengatakan bahawa Allah s.w.t.itu adalah ‘ilm, qudrah dan iradah.
Apa yang dimaksudkan dengan hujah kias tersebut ialah tidak ada perbezaan di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia dengan apa yang dimiliki oleh Allah s.w.t. Sebagai contohnya, apabila dikatakan seseorang itu ‘alim maka pengertian sebenarnya ialah seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan. Justeru itu perkara yang sama didapati ada pada Allah. Maka apabila dikatakan Allah s.w.t.itu ‘Alim pasti Allah s.w.t. mempunyai sifat Ilmu Pengetahuan.
Al-Asy’ari seterusnya mengemukakan alasan dengan membuat beberapa andaian. Andaian tersebut seperti, pertama : Allah s.w.t. ‘Alim dengan diri-Nya dan kedua : Allah s.w.t. ‘Alim dengan ‘ilm. Seandainya Allah ‘Alim dengan diri-Nya maka diri-Nya adalah ‘ilm. Menurut beliau lagi, mustahil ‘ilm itu ‘Alim sedangkan Allah s.w.t.itu ‘Alim?* Lantaran itu Allah s.w.t. ‘Alim dengan ‘ilm malahan ‘ilm itu bukanlah diri-Nya.
Andaian yang seterusnya ialah sekiranya kesemua sifat Allah itu sama seperti dzat-Nya maka dzat Allah mestinya mempunyai gabungan yang sejenis tentang kualiti yang bertentangan.
Contohnya : Allah itu bersifat belas kasihan(rahim) dan juga bersifat pembalas dendam (qahhar). Kedua-dua sifat yang saling bertentangan itu akan menjadikan dzat Allah yang satu dan tersendiri dan tidak boleh dibahagikan. Faktor sebegini sudah tentu tidak munasabah diletakkan kepada Allah s.w.t. Tambahan pula sekiranya sifat itu sama dengan dzat maka tidak ada feadahakan diperolehi dengan memberikan sifat itu kepada-Nya.
Oleh yang demikian sifat Allah tidak sama dengan dzat Allah.
Walaupun tidak sama dengan dzat namun ianya pula tidak berbeza sama sekali daripada Sumbangan al-Maturidi (m.333 H) berhubung dengan sifat dan dzat Allah ialah menentang golongan tasybih dan tajsim dalam semua bentuknya tanpa menafikan sifat Allah s.w.t. Pengucapan yang berbentuk antropomofisme yang digunakan dalam al-Qur’an seperti wajah, mata, dan perihal duduk diatas ‘Arasy tidak boleh diterima secara pentafsiran zahir dan bertentangan dengan maksud al-Qur’an.
Oleh yang demikian, petikan perenggan tersebut mestilah ditafsirkan berdasarkan petikan tanzih yang jelas maksudnya dengan cara yang tekal dan sah mengikut penggunaan gaya bahasaArab,ataupun maksud yang sebenarnya hendaklah diserahkan kepada pengetahuan Allah.
Menurut al-Maturidi lagi, untuk menerangkan sifat dan tabii Allah ialah dengan cara yang tidak akan membayangkan sebarang persamaan atau perbandingan. Ini menunjukkan bahawa keimanan kepada satu Kuasa Agung dan Hakikat Mutlak adalah bersifat am atau sejagat. Baginya,pendekatan yang dikemukakan oleh golongan Muktazilah adalah membahayakan kepercayaan am tentang kewujudan Allah iaitu menafikan sifat Allah dan keqadimannya.
Olehyangdemikian apabila dikatakanAllah itu bijaksana maka ia bermaksud Allah s.w.t. mempunyai sifat kebijaksanaan.
Penafian sifat Allah hanyamenimbulkan kekeliruan dan menyukarkan pengetahuan tentang Allahsehinggaakhirnya menjadikan Allah ghairal-wujud yang tidak dikenali serta diketahui.
Begitu juga penafian tentang qadim Allah membuatkan-Nya tidak sempurna sejak dari mula dan tertakluk kepada perubahan.
Wallahu’alam.