Meninggalkan Doa Sebelum Makan

MENINGGALKAN BERDOA SEBELUM MAKAN TIDAK MENJADIKAN ANDA LEBIH SUNNAH

1. Anggapan anak muda sekarang bahawa meninggalkan doa sebelum makan maka ia lebih menepati sunnah adalah tidak benar.

2. Ketika seseorang membaca doa sebelum makan, mereka tetap akan membaca bismillah sebelum makan. Bezanya, pahalanya juga lebih kerana berserta dengan doa.

3. Macam mana kita tahu dapat pahala? Jawabnya kerana bersesuaian dengan hadis Nabi:

ليَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ

“Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, sekalipun jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” (HR al-Tirmizi)

4. Imam Al-Mubarakfuri mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa kita dianjurkan berdoa walaupun perkara remeh temeh.

5. Demikian doa sebelum makan dan doa-doa lain yang diajarkan sejak tadika lagi. Semua itu doa yang bermanfaat dan mendapat pahala jika beramal dengannya.

6. Oleh itu, seseorang yang berdoa dan membaca bismillah sebelum makan tentulah lebih banyak pahalanya daripada seseorang yang membaca bismillah sahaja.

7. Manakala, lafaz doa yang lazim diamalkan dalam masyarakat kita itu bersumber daripada masyarakat kita dahulu yang rajin belajar kitab Al-Azkar karya Imam Al-Hafiz An-Nawawi yang meriwayatkan hadis daripada Ibnu Al-Sunniy dan Ibnu A’diy yang meriwayatkan bahawa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam ketika makanan didekatkan, Baginda berdoa:

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا، وقنا عذاب النار، بسم الله

8. Seseorang yang menuntut ilmu agama sepatutnya lagi banyak ilmu, lagi banyak amal. Bukan menambahkan ilmu untuk meninggalkan amal.

DOA MAKAN ITU SUNNAH.

Disediakan oleh:

Ustaz Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

AJK ISLAMI Kebangsaan

Latest articles

Related articles