Menjawab Kumpulan Yang Melarang Umat Islam Banyak Berzikir

Wahhabi terkenal sebagai golongan anti-zikir. Jadi tidak hairan kenyataan demi kenyataan mereka yang asyik melarang orang Islam berzikir. Sebenarnya mereka ini baca atau tidak dalil dari Quran dan Sunnah? Berikut jawapan kepada kelompok anti-zikir:

Tiada perintah Allah di dalam Al-Quran dan tiada perintah Rasulullah ﷺ dalam Al-Sunnah yang lebih banyak daripada perintah untuk melakukan ZIKRULLAH.

ZIKRULLAH sentiasa diperintahkan dalam setiap keadaan: berdiri, bangun dan berbaring; senang, susah dan sangat susah; takut, sedih dan gembira.

ZIKRULLAH diperintahkan dengan kadar yang SEBANYAK-BANYAKNYA (ذكرا كثيرا) oleh Allah.

Allah berfirman:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكۡرࣰا كَثِیرࣰا

Al-Aḥzāb, Ayah 41

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang SEBANYAK-BANYAKNYA.”

ZIKRULLAH adalah amalan yang paling luas dalam Syariat Islam.

ZIKRULLAH boleh dilakukan dengan lisan atau dengan hati atau dengan kedua-duanya sekali.

ZIKRULLAH boleh dilakukan dengan suara yang perlahan (sirr/khafī) atau dengan suara yang didengari atau nyaring (jahar).

ZIKRULLAH boleh dilakukan secara berseorangan di tempat yang sunyi atau secara berkumpulan/ berjemaah di tempat yang terbuka.

ZIKRULLAH boleh dilakukan di tempat-tempat ibadah seperti masjid dan surau atau di tempat-tempat umum seperti pasar atau kedai.

ZIKRULLAH boleh dilakukan tanpa wuduk atau dengan wuduk atau dalam keadaan hadas besar sekalipun seperti perempuan yang berada dalam haid atau nifas.

ZIKRULLAH bukan sahaja dituntut ketika melakukan ibadah dan selepas melakukan ibadah seperti solat dan haji, bahkan ZIKRULLAH dituntut selepas melakukan dosa.

Ada ZIKRULLAH yang disyariatkan secara umum dan ada ZIKRULLAH yang disyariatkan secara khusus dengan lafaz yang khusus.

Tiada amalan ibadah yang lebih umum dan lebih mutlaq berbanding ZIKRULLAH.

Maka berhati-hatilah dengan golongan yang menyempitkan ZIKRULLAH dan bersikap anti terhadapnya.

Kredit: PENUNTUT ILMU

Sebarkan biar masyarakat kenal siapa kumpulan anti-zikir ini.

Latest articles

Related articles