More

    Nabi SAW Bercakap Dengan ‘Ahli Kubur’

    Dalam sebuah hadis Riwayat Muslim, bahawasanya Anas bin Malik RA menceritakan tentang peristiwa Badar. Setelah berakhirnya peperangan, Nabi SAW pergi bercakap-cakap dengan mayat-mayat kafir yang mati dan dibiarkan tanpa ditanam selama 3 hari.

    Lalu Baginda berkata:


    يَا أَبَا جَهْلِ بْنَ هِشَامٍ يَا أُمَيَّةَ بْنَ خَلَفٍ يَا عُتْبَةَ بْنَ رَبِيعَةَ يَا شَيْبَةَ بْنَ رَبِيعَةَ أَلَيْسَ قَدْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا فَإِنِّي قَدْ وَجَدْتُ مَا وَعَدَنِي رَبِّي حَقًّا ‏”‏ ‏.‏ فَسَمِعَ عُمَرُ قَوْلَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَسْمَعُوا وَأَنَّى يُجِيبُوا وَقَدْ جَيَّفُوا قَالَ ‏”‏ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ وَلَكِنَّهُمْ لاَ يَقْدِرُونَ أَنْ يُجِيبُوا ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ أَمَرَ بِهِمْ فَسُحِبُوا فَأُلْقُوا فِي قَلِيبِ بَدْرٍ

    Maksudnya: “Wahai Abu Jahal bin Hisham. Wahai Umayyah bin Khalaf. Wahai ‘Utbah bin Rabi’ah. Wahai Syaibah bin Rabi’ah. Adakah kalian tidak menemukan kebenaran yang telah Tuhan kalian janjikan? Sesungguhnya aku telah menemukan apa yang benar dari janji tuhanku”

    Umar mendengar perkataan Nabi SAW tersebut lalu berkata:
    “Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh mendengar dan menjawab persoalan kamu itu? Sesungguhnya mayat-mayat mereka sedang mereput”.

    Jawab Rasulullah SAW: “Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya. Apa yang aku katakan kepada mereka, tidaklah kalian mendengar apa yang aku katakan lebih daripada mereka tetapi mereka tidak mampu untuk menjawabnya”.

    Rasulullah SAW kemudiannya mengarahkan agar ditanam mayat mereka di telaga Badar. Riwayat Muslim (2874)


    Hadis ini memberi jawapan bahawa tiada larangan dalam agama untuk seseorang itu bercakap-cakap dengan ahli kubur. Jadi apa yang ditulis dalam buku yang telah tular adalah salah dan ramai pula yang share benda yang salah.

    Latest articles

    Related articles