More

    Contoh Hadis Sahih Yang Tidak Diamalkan

    Contoh Hadis Sahih Yang Tidak Diamalkan Sebaliknya Yang Diamalkan Adalah Daif

    Saya nukilkan di sini fawaid al-Allamah al-Muhaddith Shaykh Muhammad Awwamah.
    Ikut baca bersama petikan dari Sunan al-Tirmidhi
    Kata Imam al-Tirmidhi RA

    باب ما جاء في الجمع بين الصلاتين في الحضر
    Bab: Menjamakkan 2 solat ketika Mukim

    187 حدثنا هناد حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن حبيب بن أبي ثابت عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قال: (جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، وبين المغرب والعشاء بالمدينة، من غير خوف ولا مطر.
    قال: فقيل لابن عباس: ما أراد بذلك؟ قال: أراد ان لا يحرج أمته).
    Meriwayatkan kepada kami Hannad dari Abu Mu’awiyah dari al-‘Amash dari Habib bin Abi Thabit dari Said bin Jubayr dari Ibn Abbas RA katanya: Nabi SAW telah menjamakkan zohor dengan asar dan maghrib dengan isha di Madinah tanpa ada safar atau hujan.
    Ibn Abbas di tanya: Kenapa Nabi berbuat begitu? kata Ibn Abbas: Kerana Nabi tak mahu membebankan umatnya.

    وفي الباب عن أبي هريرة.
    Dalam bab: Hadis riwayat Abu Hurayrah.

    قال أبو عيسى: حديث ابن عباس قد روى عنه من غير وجه: رواه جابر بن زيد وسعيد بن جبير و عبد الله بن شقيق العقيلي.
    Kata Imam Tirmidhi: Hadis Ibn Abbas ini telah diriwayatkan darj jalur yang banyak. Ia diriwayatkan oleh Jabir bin Zayd, Said bin Jubayr dan Abdullah bin Syaqiq al-‘Uqayli.

    وقد روى عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه
    وسلم غير هذا:
    Telah diriwayatkan dari Ibn Abbas dari Nabi selain ini.

    188 حدثنا أبو سلمة يحيى بن خلف البصري حدثنا المعتمر ابن سليمان عن أبيه عن حنش عن عكرمة عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من جمع بين الصلاتين من غير عذر فقد اتى بابا من أبواب الكبائر).
    Meriwayatkan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalad al-Basei dari al-Mu’tamjr bin Sulaiman dari bapanya dari Hanash dari Ikrimah dari Ibn Abbas dari Nabi, sabda baginda: Barangsiapa yang menjamakkan dua solat tanpa uzur maka dia telah mendatangi satu pintu dari doaa besar.

    قال أبو عيسى: وحنش هذا هو: (أبو علي الرحبي) وهو (حسين بن قيس) وهو ضعيف عند أهل الحديث، ضعفه احمد وغيره.
    Kata Al-Tirmidhi: Hanash dalam sanad ini adalah Abu Ali al-Rahabi, nama beliau Husayn bin Qays. Beliau daif di sisi ahli hadis. imam Ahmad mendaifkannya dan begitu juga selainnya.

    والعمل على هذا عند أهل العلم: ان لا يجمع بين الصلاتين إلا في السفر أو بعرفة.
    YANG DIAMALKAN DISISI ULAMA ADALAH HADIS INI: IAITU TIDAK BOLEH DIJAMAKKAN SOLAT MELAINKAN KETIKA SAFAR ATAU DI ARAFAH.

    Kesimpulan kata Malwana Shaykh Awwamah:

    1- Keistimewaan Sunan al-Tirmidhi berbanding 6 kitab hadis yang lain adalah Imam al-Tirmidhi tidak hanya menghimpunkan hadis seperti mereka bahkan beliau menerangkan pandangan ulama/fuqaha dalam mengamalkan hadis tersebut

    2- Dalam Bab yang telah kita baca di atas Imam Tirmidhi telah mengemukakan 2 hadis.

    Pertama hadis Nabi menjamakkan solat tanpa sebarang uzur. Dan ia adalah hadis yang sahih.

    Kedua: Hadis Nabi melarang jamak solat tanpa uzur. Dan menegaskan bahawa ia adalah dosa besar. Dan ia adalah hadis daif.
    Kata Mawlana Sh: Bahkan daif jiddan. Kerana Hanash dikira matruk

    ضعف أَحْمد حَدِيثه وَكذبه وَترك حَدِيثه وَقَالَ مرّة
    مَتْرُوك الحَدِيث
    Ahmad mendaifkannya dan MENDUSTAKNNYA dan meninggalkan hadisnya. Kata beliau lagi: Dia Matruk hadis

    وَكَذَلِكَ قَالَ النَّسَائِيّ وَالدَّارَقُطْنِيّ وَقَالَ يحيى لَيْسَ بِشَيْء وَقَالَ السَّعْدِيّ أَحَادِيثه مُنكرَة جدا وَلَا تكْتب
    Demikian juga alNasaie dan Daraqutni. kata Yahya bin Main: Takda apa – Maksudnya amat lemah. kata Sa’di: Hadis hadisnya Mungkar jiddan. (nukilan Duafa’ wa matrukin Ibn Jawzi)

    Kesimpulannya hadis ini DAIF JIDDAN.

    3- Namun, walaupun hadis ini DAIF JIDDAN Imam Tirmidi berkata di akhir bab. hadis inilah yang diamalkan oleh para ulama!!!

    4- Difahami disini jumhur ulama tidak mengamalkan hadis pertama walaupun sahih (Ya memang ada khilaf panjang dibincangkan ulama tentang mengamalkan hadis ini tetapi itu akan diterangkan nanti. Kita pegang kalam Tirmidhi dulu.)
    Mereka bahkan mengamalkan hadis daif jiddan!

    5- Perlu difahami baik baik bahawa para ulama tidak simplitik dalam membicarakan hukum. Mereka tidak menghadkan dalil kepada hadis sahaja dan tak gopoh pantang jumpa hadis sahih terus nak diamalkan. Mereka bahkan melihat dalik secara kumulatif. Himpun dulu. Kemudian susun dalam sistem yang begitu cantik. Supaya agama kita tak celaru.

    Mereka lihat bahawa hadis pertama yang sahih itu bercanggah dengan dalil yang lebih kuat darinya iaitu ayat quran yang berbunyi:
    إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
    Sesungguhnya solat diwajibkan ke atas kaum mukminin pada waktu waktunya. (Al-nisa: 103)
    Jadi solat wajib dilaksanakan pada waktunya yang telah ditentukan.

    Maka disebabkan percanggahan tersebut hadis sahih itu tidak diamalkan oleh ulama kerana dalil al-Quran lebih kuat daripada hadis apabila berlaku percanggahan.

    Dalam masa yang sama, disebabkan ayat al-Quran telah menjadi syawahid untuk hadis kedua yang teramat daif itu. Maka hadis itu diamalkan sebagai amaran untuk tidak culas menunaikan solat dalam waktunya.

    Pengajaran Untuk Ahbab semua:
    1- Dalil bukan hadis sahaja
    2- Jangan gopoh bila nampak sahih terus amal bahkan perlu teliti dalil secara kolektif
    3- Jangan alergik dengan hadis daif kerana
    Hadis daif jika ada penguat tidak mengapa diamalkan pada targhib (galakan) tarhib (amaran)
    4- Wajib mengaji dengan ulama berkeahlian dan mewarisi ilmu yang sahih turun temurun.

    Moga Allah berikan kefaqihan kepada kita semua.

    Tulisan: Ustaz Faiz Fateh al-Azhari

    Latest articles

    Related articles