Waspada ajaran Mujassimah atas nama Salaf

0
5

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universitierempuan, dewasa, kanak-kanak, kaya, miskin, baik, buruk, bijak, dungu dan sebagainya kesemua mereka tidak boleh melepaskan diri daripada belajar dan mengikuti bimbingan para ulama. Jika mereka sudah mengetahui serba sedikit mengenai tuntutan agama baik yang wajib atau sunat, maka pengetahuan tersebut perlulah dipraktikkan secara amali. Selain itu, mereka juga mesti mengetahui mengenai larangan agama dan meninggalkannya. Demikian secara ringkas perihal orang awam dalam melaksanakan tuntutan dan larangan agama. Di samping, pengetahuan yang ada amat dituntut untuk disebarkan kepada orang lain.

Namun dalam masalah agama, mereka perlulah merujukkannya kepada para ulama. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: 43) Suruhan bertanya ini menunjukkan orang awam tiada autoriti untuk bertindak bebas menggunakan akal fikiran mereka mengenai masalah agama yang dihadapi. Mereka juga tidak boleh sesuka hati memahami nas al-Quran dan hadis yang sulit mengikut akal fikiran mereka sendiri. Bahkan, perkara ini dilarang keras oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesiapa berkata mengenai al-Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan sahih). Dalam riwayat lain disebutkan: “Sesiapa berkata mengenai al-Quran dengan pendapat akalnya sendiri, maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi. Hasan li-ghairih).

Ancaman ini sudah tentu mencakupi semua aspek wahyu, baik berkaitan akidah, syariah, akhlak dan sebagainya. Seseorang yang ingin mentafsirkan al-Quran perlulah mempunyai ilmu yang cukup. Imam al-Suyuti menyatakan seseorang yang hendak mentafsirkan al-Quran perlulah menguasai 15 cabang ilmu, iaitu lughah, nahw, tasrif, isytiqaq, ma’ani, bayan, badi’, ilmu qira’at, usul al-din, usul al-fiqh, asbab al-nuzul wa al-qisas, al-nasikh wa al-mansukh, fiqah, hadis dan ilmu mawhibah. (al-Itqan, 4/213)

Bagaimanapun kebelakangan ini, terdapat segelintir pihak yang cuba menghidupkan ajaran sesat Mujassimah Musyabbihah dalam kalangan orang awam. Mereka mendakwa, kononnya kefahaman mudah yang difahami secara fitrah oleh orang awam daripada nas al-Quran dan hadis mengenai sifat-sifat Allah SWT yang berbentuk mutasyabihat seperti istiwa’, yad, wajh, ‘ain dan seumpamanya itu merupakan kefahaman akidah yang benar. Dalam erti kata lain, orang awam tidak perlu merujuk kepada para ulama dalam bab akidah mengenai isu sifat Allah SWT ini.

Mereka berpegang dengan beberapa hujah rapuh. Antaranya, menggunakan kata-kata Yazid bin Harun (wafat 206H) yang mereka terjemahkan: “Sesiapa yang berpegang bahawa al-Rahman meninggi di atas Arasy dengan cara ‎yang berlainan daripada pegangan dalam hati-hati orang awam, maka dia merupakan ‎Jahmi.” ‎

Pegangan yang terdapat dalam hati-hati mereka pula jelas merujuk kepada pegangan ulama Salaf seperti Imam Malik, Imam as-Syafi’i, Imam Ahmad, Imam al-Laith, Imam at-Thawri, Imam Sufyan bin ‘Uyainah, Imam Ibn al-Mubarak, Imam al-Awza’i dan lain-lain. Iaitu melalukan sahaja nas-nas mengenai sifat tersebut sebagaimana ia diwahyukan atau diriwayatkan tanpa membicarakannya secara lebih terperinci serta menyerahkan hakikat sebenarnya (tafwidh) kepada Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Tafsiran ini jelas selaras dengan kedudukan tinggi Yazid bin Harun sebagai seorang tokoh ulama hadis terkenal dalam kalangan Salaf. Majlis pengajiannya dikatakan dihadiri oleh 70 ribu orang. Bukan sahaja alim, bahkan beliau juga seorang abid. Apabila selesai solat Isyak, beliau akan terus berdiri bersolat sehinggalah beliau bersolat Subuh dengan wuduk yang sama selama lebih 40 tahun! Ketika beliau masih hidup, Khalifah al-Ma’mun ‎(yang memerintah pada tahun 198-218H) ‎takut untuk menzahirkan akidah ‘al-Quran adalah makhluk’ disebabkan pengaruh Yazid yang cukup besar di Baghdad. (Siyar A’lam al-Nubala’, 9/358)

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here