Pertamanya, perlu diketahui bahawa meminta pertolongan (istighathah) kepada seseorang yang masih hidup tanpa mengiktikadkan sifat ketuhanan padanya adalah harus. Orang yang meminta pertolongan biasanya tahu perbuatannya hanya sebagai usaha atau sebab sahaja, manakala yang berkuasa menentukan hanyalah Allah Ta'ala semata-mata. Ia tentunya tidak pasti sama ada permintaannya akan dipenuhi atau tidak. Melainkan orang yang diminta pertolongan itu masyhur diketahui bersifat pemurah dan baik hati,...