Kata al-Mufti Dr Hassan Abu ‘Arqub:
Sebahagian orang menyangka, tauhid terbahagi tiga iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. Mereka turut mendakwa, para rasul tidak diutus kecuali untuk mengajak manusia kepada Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam ibadah.
Sementara Tauhid Rububiyyah pula ialah beri’itiqad (berpegang) bahawa Allah adalah Rabb semesta alam. Kepercayaan ini tidak membezakan antara Muslim dan musyrik, berdalilkan firman Allah: “Dan jika kamu bertanya mereka (kafir), siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan menundukkan matahari dan bulan, pasti mereka mengatakan Allah. Maka bagaimanakah mereka boleh dipalingkan (daripada kebenaran)” – al-Ankabut: 61.
Golongan pembahagi tauhid sebegini turut terdorong mengkafirkan Muslim yang bertawassul dengan para nabi, wali dan solihin dengan alasan Muslim itu menyembah selain Allah. Keadaan Muslim itu sama seperti musyrik yang tidak menjadi kufur disebabkan masih bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah iaitu berpegang bahawa Allah adalah pencipta dan pengurus alam, tetapi menjadi kufur kerana meninggalkan Tauhid Uluhiyyah dengan beribadat kepada selain Allah.
Inilah definisi kedua-dua bahagian tauhid itu menurut golongan pembahagi tauhid kepada tiga bahagian ini.
Namun begitu, apabila kita meneliti al-Quran dan hadith juga pandangan salaf, kita tidak menemui pembahagian sebegini sama ada dalam bentuk lafaz juga makna. Bahkan ia adalah bidaah yang direka yang tidak pernah dikenal oleh kaum Muslimin sehingga kurun ke – 7 hijrah.
Peneliti al-Quran dan sunnah pasti mendapati tidak ada perbezaan antara Uluhiyyah dan Rububiyyah. Persoalan ini bukan seperti dakwaan golongan pembahagi tauhid kepada tiga bahagian itu.
Pertama: Dalil daripada al-Quran:
1. Allah berfirman “Dan, Dia (Muhammad) tidak memerintahkan kamu untuk menjadikan malaikat dan para nabi sebagai Arbab (Rabb). Adakah dia (Muhammad) memerintahkan kamu kufur selepas kamu menjadi Muslim?” – Aali Imran: 80.
Kata al-Tabari, ayat ini bermaksud, tidak wajar Nabi Muhammad SAW menyuruh kamu wahai manusia “untuk menjadikan malaikat dan para Nabi sebagai Arbab (Rabb)”, yakni Aalihah (Ilah) yang kamu sembah selain Allah. Sama seperti tidak wajar dia berkata kepada mereka, “Jadilah kamu semua penyembahku selain daripada Allah”. [Nota: Kalimah Arbab (Rabb) diberi pengertian Aalihah (Ilah) oleh al-Tabari].”
2. Allah memerihalkan ucapan Yusuf dalam firman-Nya, “Wahai dua rakan sepenjaraku, adakah Arbab (Rabb) yang pelbagai itu lebih baik, atau Allah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?” – Yusuf: 39.
Kata al-Tabari, Yusuf bertanya begitu kepada dua pemuda yang dipenjarakan bersama-samanya kerana salah seorang daripada mereka adalah musyrik. Baginda mengajaknya menerima Islam dan meninggalkan penyembahan pelbagai tuhan dan berhala.
Menurut al-Tabari, Yusuf bertanya, adakah menyembah Arbab (Rabb) yang pelbagai itu, yang juga Aalihah (Ilah) yang tidak boleh membawa manfaat dan mudarat lebih baik, atau menyembah Tuhan yang Esa, Tuhan yang tidak ada sekutu dalam kekuasaan dan kesultanan-Nya, Tuhan yang menguasai segenap sesuatu, lalu Dia menundukkan dan mempermudahkannya, lalu Dia menjadikan semua makhluk taat kepada-Nya secara rela atau paksa…! [Nota: Kalimah Arbab (Rabb) diertikan Aalihah (Ilah) oleh al-Tabari].
Kita perhatikan, al-Quran membicarakan ta’addud Arbab (pelbagai Rabb) dengan golongan musyrikin, tetapi al-Quran tidak membicarakan tentang Tauhid Rububiyyah (keesaan Rabb) seperti dakwaan pendakwa dalam hal ini. Kita perhatikan juga al-Tabari mengungkapkan kalimah Arbab (Rabb) dan Aalihah (Ilah). Beliau menganggap kedua-dua ungkapan itu (Rabb dan Ilah) adalah sama berpandukan kefahaman daripada nas tadi.
3. Penggunaan kalimah Rabb dalam al-Quran ketika memerihalkan Firaun. Allah berfirman, “Lalu dia (Firaun) berkata, akulah Rabb kamu semua yang maha tinggi” – al-Naazi’at: 24. Dalam ayat ini, Firaun mendakwa Rububiyyah untuk dirinya. Sementara dalam ayat yang lain pula, Firaun mendakwa Uluhiyyah untuk dirinya. Allah berfirman, “Dan, Firaun berkata, wahai para pembesar, aku tidak tahu adanya untuk kamu Ilah selain diriku” – al-Qasas: 38.
Kata al-Tabari, daripada Mujahid, firman Allah, “Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia”, – al-Naazi’at: 25, adalah kesan ucapan Firaun (aku tidak tahu adanya untuk kamu Ilah selain aku – al-Qasas: 38) dan satu lagi ucapannya (akulah Rabb kamu semua yang maha tinggi – al-Naazi’at: 25), dalam keadaan jarak masa antara dua ucapan itu ialah 40 tahun.
Jelas sekali, sesiapa yang mendakwa ketuhanan dari sudut Rububiyyah sebenarnya dia mendakwa ketuhanan dari sudut Uluhiyyah. Begitulah sebaliknya. Tidak ada perbezaan antara Rububiyyah dan Uluhiyyah dari sudut makna yang digunakan di sini.
4. Allah berfirman, “Wahai Rasul, sampaikanlah ajaran yang diturunkan kepadamu daripada Rabb- mu”. Yakni, daripada Ilah-mu. Tidak ada perbezaan antara kedua-dua lafaz itu dari sudut kefahaman maknanya di sini.
Kedua: Dalil daripada sunnah:
1. Al-Bukhari meriwayatkan, daripada Anas bin Malik, ketika Rasulullah SAW keluar, Abdullah bin Khuzafah bangun lalu bertanya, “Siapakah bapaku?” Baginda menjawab, “Bapamu Khuzafah”. Kemudian baginda membuka peluang pertanyaan dengan sabdanya, “Tanyalah aku”. (Lalu kerana membimbangi kemurkaan Rasulullah SAW), Umar pun berlutut lalu berkata, “Kami redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW selaku Nabi”.
2. Muslim meriwayatkan, daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Telah mengecapi kemanisan iman sesiapa yang redha dengan Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”.
Imam al-Nawawi meletakkan tajuk untuk hadith ini (Bab dalil untuk sesiapa yang mati atas tauhid, pasti masuk syurga). Dalam hadith tadi tidak digunakan ungkapan, sesiapa yang redha dengan Allah sebagai Ilah, tetapi ungkapan, “sesiapa yang redha dengan Allah sebagai Rabb”.
Fokus penghujahan di sini ialah, kedua-dua hadith tadi menjadi dalil kepada kebenaran tauhid dari sudut sebutan (Rabb) kerana Uluhiyyah dan Rububiyyah mempunyai makna yang sama, lantaran kedua-duanya mengisyaratkan tauhid. Manusia, samada bertauhid atau tidak bertauhid. Adapun bertauhid tanpa bertauhid (yakni bertauhid dari satu sudut Rabb, tapi tidak bertauhid dari satu sudut Ilah seperti yang didakwa), ia adalah bidaah yang tidak ada asas untuk berpijak.
3. Abu Dawud meriwayatkan, “…. lalu Rasulullah SAW duduk dan kami turut duduk di sekeliling baginda dalam keadaan tenang seolah-olah ada burung bertenggek di atas kepala kami. Di tangan baginda ada ranting yang baginda kuis-kuiskan tanah. Kemudian baginda memanggung kepala lalu bersabda, “Minta perlindunganlah kalian kepada Allah daripada siksaan kubur”, sebanyak dua atau tiga kali. Dalam hadith Jarir ditambah lafaz, “di sini”. Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya ketika (mayat) masih mendengar seretan selipar orang ramai semasa beredar, ketika itu (mayat) ditanya, wahai fulan, siapakah Rabb kamu, apakah agama kamu, dan siapakah Nabi kamu?”
Al-Nasa-i meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, firman Allah, “Allah memperteguhkan orang beriman dengan ungkapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan dalam kehidupan akhirat” – (Ibrahim: 27), turun berkaitan siksaan kubur. Penghuninya ditanya, siapakah Rabb kamu. Dia menjawab, Rabb aku ialah Allah…”
Kita dapati, pertanyaan di alam kubur berkaitan Rabb dan Rububiyyah membatalkan semenjak asas lagi hujah golongan pembahagi tauhid kepada tiga bahagian sebagai tauhid yang tidak ada perbezaan antara Muslim dan musyrik. Hal ini kerana pertanyaan tentang Rabb dan Ilah adalah perkara yang sama. Tidak ada bahagian-bahagian untuk tauhid kerana bagi individu, sama ada dia bertauhid atau tidak bertauhid. Itu sahaja.
Andai dipersoalkan, bagaimana tanggapan terhadap firman Allah, “Dan jika kamu bertanya mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, pasti mereka berkata Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?” – al-Ankabut: 61, dan banyak lagi juga ayat lain yang serupa dengannya?
Jawapannya, golongan musyrikin yang beriman dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya mencipta diri mereka, langit dan bumi, namun membantah kekuasaan Allah untuk menghidupkan mereka semula selepas mati. Pada masa yang sama mereka beriman bahawa tuhan-tuhan mereka (berhala dan sebagainya) adalah sekutu Allah dalam semua bidang kekuasaan. Sebenarnya, mereka bukanlah orang bertauhid seperti dakwaan golongan pembahagi tauhid kepada tiga, bahkan mereka adalah musyrik. Lantaran itulah Allah berfirman tentang mereka, “Dan, tidaklah kebanyakan mereka beriman dengan Allah, bahkan mereka adalah golongan musyrik” – Yusuf: 106. Mereka meletakkan binaan iman di atas syirik yang tidak ada tauhid di situ. Maka, bagaimana keimanan yang bercampur-aduk dengan syirik boleh disifati sebagai tauhid?
Penyifatan mereka dengan Tauhid Rububiyyah adalah kesalahan fatal yang bercanggah dengan kenyataan jelas al-Quran.
Kata al-Tabari, daripada Abu Zaid katanya, Allah berfirman, “Dan tidaklah kebanyakan mereka beriman dengan Allah…” bermaksud, tidak ada individu yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah kecuali dia sebenarnya mensyirikkan Allah, meskipun dia (mengaku) beriman kepada Allah, mengetahui Allah adalah Rabb-nya, dan Allah adalah pencipta dan pemberi rezeki.
Perhatikan ungkapan Ibrahim dalam firman Allah, “Tidakkah kamu perhatikan benda yang kamu semua sembah. Kamu dan datuk nenek kamu dahulu kala. Maka sesungguhnya mereka adalah musuhku, kecuali Rabb semesta alam” – al-Syu’ara’: 75 – 77. Ibrahim tahu mereka menyembah Rabb semesta alam bersama-sama tuhan lain yang disembah selain Allah. Baginda berkata, tidak ada sesiapa pun menyengutukan-Nya boleh dianggap beriman dengan-Nya. Tidakkah orang Arab bertalbiah dengan lafaz, “Kami menyahut seruan-Mu ya Allah. Kami menyahut seruan-Mu. Tidak ada sekutu untuk-Mu kecuali sekutu yang menjadi milik-Mu. Kamu memilikinya dan apa yang dia miliki”.
Qatadah berkata, firman Allah, “Dan tidaklah kebanyakan mereka beriman kepada Allah, sebaliknya mereka adalah musyrik”, iman mereka ini ialah, kamu tidak menemui seorang pun dalam kalangan mereka kecuali dia memberitahumu bahawa Allah adalah Rabb-nya, tuhan yang mencipta dan memberinya rezeki, namun dia menyengutukannya dalam ibadat. Mujahid berkata, keimanan mereka hanyalah perkataan mereka, Allah pencipta kami, dan Dia memberi kami rezeki dan mematikan kami.
Ikrimah berkata, firman Allah, “Dan tidaklah kebanyakan mereka beriman kepada Allah, sebaliknya mereka adalah musyrik”, antara iman mereka ialah, apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang mencipta langit? Mereka menjawab, Allah. Apabila ditanya, siapakah yang menciptakan mereka, mereka menjawab, Allah. Sedangkan selepas itu mereka menyengutukannya.
Al-Baidhawi berkata, firman Allah, “Dan tidaklah kebanyakan mereka beriman kepada Allah…”, dalam pengakuan kewujudan-Nya dan penciptaan-Nya. Sebaliknya, mereka syirik dengan menyembah selain Allah atau mengambil pemuka-pemuka agama mereka sebagai Rabb, atau menisbahkan anak kepada Allah, atau “berbicara soal cahaya dan gelap”, atau melihat hanya kepada sebab atau seumpamanya. Dikatakan, ayat ini turun berkaitan musyrik Mekah, atau dikatakan, berkaitan munafik, atau dikatakan, berkaitan ahli kitab.
Fokus hujah terhadap semua nukilan tadi ialah, golongan musyrik beriman dengan kewujudan Allah tetapi mereka menyengutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Mereka menyembah sekutu-sekutu itu seperti menyembah Allah dengan sangkaan perbuatan itu mendekatkan mereka kepada Allah. Golongan pembahagi tauhid kepada tiga memahami bahawa iman golongan musyrik yang bercampur-aduk dengan syirik sebagai Tauhid Rububiyyah. Sedangkan itu bukan tauhid sama sekali tetapi cuma sekadar penerimaan kewujudan Tuhan.
Kerana, bagaimana mereka boleh menyengutukan-Nya jika mereka tidak beriman dengan kewujudan-Nya? Namun, pada masa mereka beriman dengan kewujudan-Nya, mereka beriman juga dengan kewujudan pelbagai tuhan yang lain bersama-sama Allah yang mereka sembah dan sekutukan dengan Allah.
Kerana itulah, Allah memerintahkan Rasulullah SAW supaya berkata, “Dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini agar aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan kepada sesiapa yang telah sampai kepadanya (ajaran ini) iaitu, adakah kamu benar-benar mengakui bahawa ada beberapa tuhan lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah, “Hanya Dia sahaja Ilah Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sekutukan (dengan Allah)” – al-An’am: 19.
Allah berfirman lagi, “Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang mendustakan ayat keterangan Kami, dan orang yang tidak beriman dengan akhirat, sedangkan mereka menyamakan (sesuatu) dengan Tuhan mereka” – al-An’am: 150.
Kata al-Tabari, dalam keadaan mereka menyangkal kehidupan selepas mati serta membantah kejadian kiamat, mereka menyengutukan Allah dengan berhala. Mereka menjadikan berhala sekutu Allah dan mengambilnya sebagai sembahan selain-Nya.
KESIMPULAN
1. Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian adalah perkara bidaah yang tidak ada asas dalam al-Quran, sunnah atau salaf umat ini.
2. Ungkapan al-Uluhiyyah dan al-Rububiyyah digunakan dengan makna yang sama dalam al-Quran, sunnah dan penggunaan salaf.
3. Tidak ada tauhid tanpa tauhid (tauhid dari satu sudut dan syirik pada sudut yang lain) kerana manusia, sama ada menjadi orang yang bertauhid atau orang yang syirik. Tauhid dan syirik adalah pertentangan yang tidak boleh bersekali.
4. Setiap individu yang mentauhidkan Allah adalah beriman dengan kewujudan-Nya. Namun, bukan setiap individu yang beriman dengan kewujudan Allah secara langsung mentauhidkannya.
5. Golongan musyrik beriman dengan kewujudan Allah dengan keimanan yang bercampur-aduk dengan syirik seperti yang Allah perihalkan. Lalu golongan pembahagi tauhid kepada tiga pun menamakannya Tauhid Rububiyyah. Penamaan ini menyanggahi nas al-Quran.
6. Golongan musyrik mengisi iman dalam dada mereka dengan kewujudan Allah yang disaluti syirik, sangkalan terhadap para rasul dan kitab, bantahan terhadap akhirat dan kehidupan selepas mati dan penyifatan malaikat sebagai wanita. Mereka tidak berpegang dengan mana-mana satu pun rukun iman yang berupaya menyelematkan mereka di sisi Allah. Kemudian dikatakan, “Masalah mereka hanyalah dalam Tauhid Uluhiyyah seperti yang disangka itu?
7. Pembahagian tauhid sebegini menyimpan bahaya dalam menjadikan golongan musyrik sebagai ahli tauhid, meskipun mereka tidak mencium wangian tauhid dan tidak mengenali jalan iman yang benar. Hal ini menyanggahi kandungan al-Quran dan sunnah.
Tambahan pula, golongan pembahagi tauhid kepada tiga yang salah ini menjadikannya sebagai asas untuk bersandar dalam mengkafirkan orang Islam. Hal ini kerana golongan pembahagi tauhid kepada tiga ini menyanggahi orang Islam dalam masalah cabang fiqh seperti masalah tawassul dengan para nabi, dengan orang saleh dan sebagainya yang dikira masalah cabang fiqh sepenuhnya yang tiada kaitan secara langsung dengan persoalan aqidah.
Penulis: Al-Mufti al-Duktur Hassan Abu ‘Arqub.
Penterjemah : Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Tulisan asal : https://www.aliftaa.jo/article/3516/نقض-التقسيم-الثلاثي-للتوحيد