Pengenalan Ilmu Tasawuf

 اسمه: علم التصوف وعلم  السر وعلم السلوك

1.        Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah

  حده: فَهُوَ عِلْمٌ يُعْرَفُ بِهِ اَحْوَال النَّفْسِ وَ صِفَاتِهَا الذَّمِيْمَةِ وَالْحَمِيْدَة   

2.        Pengertiannnya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat- sifatnya yang keji dan terpuji.

  مَوْضُوْعُهُ: فَهُوَ النَّفْسُ مِنْ حَيْثُ مَا يُعْرَفُ لَهَا مِنَ الأَحْوَالِ  وَالصِّفَاتِ

3.        Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan- keadan hati dan segala sifat – sifatnya.

ثَمْرَتُهُ: فَهُوَ التَّوَصُّلُ بِهِ اِلىَ تَخْلِيَّةِ الْقَلْبِ عَنِ اْلأَغْيَارِ وَتَحْلِيَّتِهِ بِمُشَاهَدَةِ المَلِكِ الغَفَّارِ

4.        Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian  Tuhan Al Malikul Ghafar ( Raja yang sangat mengampuni ).

.حُكْمُهُ: فَهُوَ الوُجُوبُ الْعَيْنِ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ , وَذَلِكَ لأِ نَّهُ كَمَا يَجِبُ تَعَلُّمُ  مَا يُصْلِحُ الظَّاهِرَ كَذَلِكَ يَجِبُ   تَعَلُّمُ  مَا يُصْلِحُ الْبَاطِنَ. 

5.        Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukalaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu- ilmu yang memperbaikan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaikan hati.

  فَضْلُهُ: فَهُوَ فَوْقَانُهُ عَلَى سَائِرِ  الْعُلُومِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهُ يُوٍصِلُ اِلَىَ مَا ذُكِرَ

6.        Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.

  نِسْبَتُهُ لِلّعُلُوم : فَهِىَ أَنَّهُ أَصْلُ كُلِّ عِلْمٍ وَمَا سِوَاهُ فَرْعٌ. وَنِسْبَتُهُ لِلْبَاطِنِ كَنِسْبَةِ الْفِقْهِ اِلَى الظَّاهِر

7.        Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara- perkarayang zahir.

  واَضِعُوهُ : فَهُمْ الأَئِمَّةُ الأْعْيَانِ الْعَارِفُوْنَ بِرَبِّهِمْ اْلمَنَّان

8.        Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Birabbihim Al mannan  ( yang telah mengenal Tuhan mereka yang bersifat sangat pemberi, dengan  mata hati ).

اِسْتِمْدَادُهُ : فَهُوَ مِنْ كَلاَمِ اللهِ    وَكَلاَمِ  رَسُوْلِهِ  سَيِّدِ عَدْنَان, صلى الله عليه وسام , وَذَوِى اليَقِيْنِ وَالْعِرْفَانِ

9.        Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulnya iaitu Penghulu daripada Anak   Adnan  S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Azzawajalla).

  مَسَائِلُهُ :  فَهِىَ قَضَايَاهُ  التَّى يُبْحَثُ  فِيْهَا عَنْ عَوَا رِضِهِ الذَّاتِيَّة

10.    Masalah- masalahnya : Iaitu segala  konsep-konsep  yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara  yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`1,al-baqa`2,al-muraqabah3 dan lain- lain lagi.

Credit: jalan sufi

Latest articles

Related articles