Peristiwa penting di dalam bulan Islam memberi iktibar besar dalam sejarah ketamadunan manusia dan membentuk suatu sisi pandang yang perlu dihayati. Terdapat banyak peristiwa di dalam bulan Zulkaedah yang boleh kita pelajari dan menjadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita.
o Rasullullah SAW bermimpi bahawa baginda memasuki Masjidil Haram, mengambil kunci pintu Kaabah serta melaksanakan umrah bersama-sama dengan para sahabat. Para sahabat berasa gembira dan menyambut baik mimpi Rasullulah SAW itu.
o Pada hari isnin awal bulan Zulkaedah tahun ke-6 hijrah, Rasulullah SAW bertolak ke Mekah bersama dengan 1400 orang sahabat dengan pedang yang bersarung.
o Rasullullah SAW dan para sahabat berhenti di Zulhulaifah untuk berniat umrah. Mereka turut membawa binatang korban bagi menzahirkan niat mereka untuk melaksanakan umrah.
o Kedatangan rombongan Rasullullah SAW diketahui oleh orang musyrik Mekah. Mereka tidak membenarkan rombongan ini memasuki Mekah.
o Khalid bin Al-Walid bersama dengan tenteranya berjumlah 200 orang cuba untuk menghalang Rasullullah SAW daripada memasuki Mekah di Kura’ al-Ghamin. Namun Rasullullah SAW melalui jalan lain untuk mengelakkan pertembungan.
o Rasullullah SAW berhenti di Hudaibiyah. Beliau dikunjungi oleh Bilal bin Warqa’. Beliau menjadi perantaraan Rasulullah SAW dengan orang musyrikin Quraisy.
o Musyrikin Quraisy mengutuskan Al-Hulais bin Alqomah diikuti Urwah bin Mas’ud menemui Rasullullah SAW bagi memastikan niat sebenar rombongan itu. Kedua-dua berjaya diyakinkan bahawa kedatangan Rasullullah SAW dan para sahabat untuk menunaikan umrah.
o Rasullullah SAW mengutuskan Uthman bin Affan RA menemui musyrikin Mekah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka. Uthman bin Affan RA ditahan beberapa ketika sehingga tersebar kematiannya.
o Rasullulah SAW dan para sahabt membuat bai’ah untuk setia bersama dengan Rasullullah SAW dan tidak meninggalkan baginda. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’atur Ridhwan.
o Musyrikin Mekah mengetahui tentang Bai’atur Ridhwan. Lantas mereka menghantar Suhail bin Amru untuk membuat perjanjian dengan Rasullullah SAW, lalu termeterailah Perjanjian Hudaibiyah
Semoga dengan perkongsian peristiwa penting bulan Islam ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita terhadap bulan-bulan Islam disamping menghayati perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW yang lalu.
SILA KONGSI SEMOGA BERMANFAAT.
Sumber : Ustaz Wadi Annuar