- Wahhabi adalah aliran yang ekstrim dan radikal dan memecahbelahkan masyarakat. Ini berpunca daripada ideologi mereka sendiri yang menganggap selain daripada mereka tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak mengikut hukum Allah dan Rasul (kafir).
- Wahhabi mewarisi sifat golongan khawarij sepertimana yang dijelaskan oleh para ulama Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama’ah. Di antara ciri utama khawarij merasa diri paling benar dan selain mereka tidak benar. Mereka mengkafirkan umat Nabi dengan dakwaan-dakwan yang tidak benar seperti menyembah selain Allah, melakukan kesyirikan, penyembah kubur tidak bertauhid dan sebagainya.
- Mereka menjadikan ayat-ayat Al-Quran yang ditujukan kepada orang kafir ditimpakan kepada orang-orang beriman seperti perkataan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
- Khawarij pernah mengkritik Sayyiduna Rasulullah dengan alasan baginda tidak adil dan mengkafirkan Sayyiduna Ali dengan alasan beliau tidak mengikut hukum Allah. Kalau Sayyiduna Rasulullah yang maksum dan Sayyduna Ali sahabat yang mulia mereka berani mempertikaikan apalah kiranya para ulama yang datang kemudian? Sebab itu kita akan dapati mereka tidak segan silu mengkritik para imam-imam mazhab dengan dakwaan tidak bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah walhal merekalah yang menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah kerana kejahilan mereka kepada kaedah dan ilmu syarak.
- Antra ciri-ciri khawarij yang dijelaskan dari banyak hadis Nabi Shollahu ‘alaihi wasallam :
- Kaum yang membaca al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka.
- Mereka membaca al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi (melampui) kerongkong mereka.
- Akan mencela solat kamu semua dengan membandingkan dengan solat mereka.
- Solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka.
- Mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka.
- Puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka.
- Menghina amal perbuatan kamu dibandingkan dengan amal perbuatan mereka.
- Mereka keluar daripada agama (Islam) sederas anak panah yang keluar dari busurnya.
- Mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya.
- Mereka membaca al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya al-Quran itu akan melaknat mereka.
- Kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam).
- Mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan kebaikan.
- Mereka akan terus muncul sehingga keluar yang terakhir daripada mereka bersama Dajjal.
- Mereka itu seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah.
- Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas.
- Khawarij adalah Anjing-anjing Neraka.
- Antara kitab yang sangat baik dibaca bagi orang-orang mencari kebenaran ialah kitab Fadhilatu as-Sheikh al-Imam as-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim Rahimahullah yang berjudul ;
السلفية المعاصرة إلى أين؟ ومن هم أهل السنة ؟
Boleh download di sini : https://app.box.com/s/e5940nhl7jhs1l7pxs2v95tjsh7s0s16
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Al-‘Ashaa’irah Wal Maaturidiyyah