Dalil al-Quran: Allah Maha Suci dari Bertempat

0
25

Ayat kedua dari surah al-Ikhlas, iaitu:

اَللهُ الصَّمَدُ
Allah al-Samad

Ini adalah antara dalil al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah tidak berhajat kepada tempat dan segala sesuatu yang lain. Tafsiran ini telah dinukilkan oleh al-Imam Fakhr al-Din al-Razi daripada Saidina al-Hasan al-Basri.

Al-Imam al-Mujaddid Fakhr al-Din al-Razi al-Shafi’i al-Ash’ari (wafat pada tahun 606H) telah menukilkan kata-kata al-Imam al-Hasan al-Basri (wafat pada tahun 110H) di dalam kitab tafsirnya, “al-Tafsir al-Kabir” atau “Mafatih al-Ghayb” ketika mentafsirkan lafaz al-Samad di dalam surah al-Ikhlas. Beliau berkata:

Imam al-Hasan al-Basri berkata:

Allah al-Samad ialah Tuhan/Zat yang telah sentiasa wujud secara azali dan yang akan sentiasa wujud secara abadi. Tidak boleh berlaku kebinasaan ke atas-Nya.

Dia (Allah) telah Sedia Wujud, ketika tiada “tempat”, tiada “di mana”, tiada masa, tiada Arasy, tiada Kursi, tiada jin, tiada manusia ketika Sedia Wujud-Nya itu.

Dan Dia (Allah) pada waktu ini adalah sepertimana Dia (Allah) terdahulu iaitu tiada berlaku sebarang perubahan ke atas zat Allah sebelum dan selepas Dia menciptakan makhluk.

Sumber: Dr. Abdullaah Jalil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here